Pinjaman BSN | Mengenai Bank Simpanan Nasional

Mengenai BSN

Pinjaman Peribadi BSN sentiasa untuk menggalakkan pembangunan simpanan dan pelaburan di kalangan rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat.

Keistimewaan 

Keistimewaan Pinjaman Peribadi BSN adalah disediakan khas bagi kakitangan kerajaan, pekerja-pekerja badan berkanun, dan government linked company (GLC) seperti TNB, MAHB, Pos Malaysia, Syabas, dan lain lain. Skim Pinjaman BSN menawarakan had pinjaman dari minimum RM5,000 ke maksimum RM200,000.

Pakej

Pinjaman Peribadi BSN ini mempunyai dua pakej, iaitu Pakej A & Pakej B. Antara perbezaan dua pakej ini adalah mempunyai kadar faedah yang berlainan.

Pakej A: Kadar faedah adalah tetap 3.90%, dari tempoh pinjaman minimum 2 tahun sehingga maksimum 10 tahun tempoh tamat pinjaman.

Manakala, pakej B kadar faedah adalah 4.00%, jika tempoh pinjaman dari 1 tahun ke 5 tahun. Sekiranya pemohon ambil tempoh pinjaman yang lebih panjang, jadi kadar faedah akan naik ke 4.40% tetap.

Pengetahuan

Bagaimana nak dapatkan kadar faedah yang rendah? Yang pertama, anda kena berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan, badan berkanun, atau GLC. Selain itu, minimum pendapatan ditetapkan dengan RM2,500 sebulan ke atas.

Jangan putus asa, sekiranya pendapatan tetap anda dibawah RM2,500. Skim pinjaman peribadi BSN ini masih dapat membantu anda, iaitu Pakej B. Minimum pendapatan tetap untuk pakej B adalah RM800.

Hari ini, kami meneruskan usaha kami dengan menawarkan lebih banyak produk dan perkhidmatan yang memenuhi keperluan progresif kehidupan moden.

Dengan berbuat demikian, kami berharap dapat menyediakan setiap rakyat Malaysia peluang yang sama untuk menikmati kehidupan yang lebih baik.

Misi Kami

Misi kami adalah untuk membina hubungan sepanjang hayat dan bermakna dengan pelanggan kami untuk memastikan mereka terus mengakses kehidupan yang lebih baik dengan :

Menyediakan cara untuk simpanan dan pelaburan yang dibuat oleh orang ramai dengan pelbagai jenis perkhidmatan perbankan.

Menggalakkan dan menggerakkan tabungan, khususnya daripada penyimpan kecil .

Menyemai tabiat berjimat cermat dan simpanan.

Pinjaman Peribadi BSN dengan menggunakan dana Bank bagi pelaburan termasuk pembiayaan pembangunan ekonomi negara.

Semak-Kelayakan-BSN